Friday 30 November 2012

UNTUK 3 HARI DAN REALITI YANG SEBENARNYA


Baru-baru ni aku baru berpeluang tengok cerita Untuk Tiga Hari. Hasil karya dari Afdlin Shauki kalau tak silap. Macam biasa la, aku ni memang selalu lambat dalam banyak hal. Bila benda dah basi, dah tak hot baru aku sibuk-sibuk mencari. Lagi-lagi kalau dalam hal yang berkaitan dengan wayang atau hiburan. Perasaan kurang minat tu selalu menghantui diri. Tengok cerita Untuk Tiga Hari ni pun setelah dipaksa bertubi-tubi oleh Mutalib, sahabat baik aku. Kalau tak berat hati juga nak tengok. Sambil tengok Untuk Tiga Hari, sambil tu aku berulang kali terfikir problem saving aku.Kira nak kata aku ni tak fokus sangat lah bila tengok. Tapi sebenarnya dari dulu lagi aku memang minat dengan karya-karya dari Afdlin Shauki. Dia punya lawak tu tak macam kebiasaan lawak orang Melayu yang mual. Ada banyak jugalah karya-karya beliau yang aku tengok sendiri kat wayang. Tapi banyak juga yang aku download dekat internet tengok kat rumah je. Jimat. Boleh tengok sambil baring dan tak pakai baju. Siapa nak marah? mari sini aku terajang kepala dia.

Pelakon-pelakon yang menjayakan Untuk Tiga Hari ni pun boleh tahan sedap dan power juga. Antara yang aku hafal dan ingat mukanya ialah Vanida Imran, Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Ayu Raudah dan Zaibo. Aku dari dulu lagi memang minat pada Vanida Imran. Sejak aku ada makwe lagi. Kalau tak kerana Rashidi Ishak, dah lama aku mengorat dia. Nyaris-nyaris juga mak aku nak kahwinkan aku dengan beliau.Tapi dalam mimpilah.Kalau realiti malu lah, orang biasa macam aku ni mana layak. Vanida Imran ni jenis muka lembut kemudian boleh tahan berdenyut dan pandai masak juga. Oh ya, aku terlupa siapa makwe yang memegang watak sebagai Balkis? itu pun muka boleh tahan aku minat. Jenis muka lembut dan pesen telinga capang. Tak banyak artis kat Malaysia ni yang bertelinga capang sebenarnya. Baru aku perasan. Aku fikir sebenarnya Malaysia memerlukan lebih banyak artis bertelinga capang, baru industri perfileman kita lebih maju. Tapi watak Balkis tu tak berapa lama. Itu pun untuk scene flashback. Aku tak rasa yang Maksu tu bertelinga capang. Tapi kalau makwe lama, memang konfirm telinga capang. Pasal aku pernah nampak rupa bentuk telinga dia.

Untuk Tiga Hari ni sebenarnya cerita tentang sepasang kekasih yang telah berjanji untuk berkahwin dan sehidup semati. Memang dah lama mereka merancang. Bercinta dari zaman belajar dikolej lagi. Macam-macam perancangan dan angan-angan telah dibuat, hakikatnya masing-masing terpaksa berkahwin dengan pilihan ibu bapa. Benda kalau dah membabitkan arahan dari ibu bapa ni sebenarya agak payah juga untuk ditolak. Lagi-lagi kalau jenis anak yang cengeng dan lurus bendul. Jenis dari kecik memang manja. Tak ada jiwa rebel. Rebel ni bukanlah bermaksud melawan ibu bapa membabi buta. Tapi maksud aku sekurang-kurangnya kita masih diberi peluang untuk berbincang untuk menyatakan tidak atau mungkin diberi option lain. Kalau jenis diam memanjang, susah juga ibu bapa nak faham perasaan dan apa yang ada dalam hati dan kepala kita. lagi-lagi kalau yang jenis berkapel dah lapan belas tahun tanpa pengetahuan ibu bapa. Semua nak kasi rahsia. rahsia kepala bana dia. Tapi bila kita fikir semula dan macam-macam usaha dah kita buat hakikatnya tetap berbalik pada "jodoh itu rahsia tuhan". Macam mana power pun kita merancang masa depan, esok tetap juga ditangan tuhan.

Vanida Imran dan Rashidi Ishak memang dah rancang untuk berkahwin, tapi masing-masing terpaksa berkahwin dengan pilihan ibu bapa. Oleh kerana nak layankan permintaan ibu bapa, maka mereka telah merancang satu plan yang boleh dikatakan agak bengap juga. Mereka bersetuju untuk berkahwin dengan pilihan ibu bapa, tetapi berpakat untuk meminta cerai setelah tiga hari bergelar suami dan isteri. Majlis kahwin pun bukan calang-calang, memang pesen orang kaya yang makan belanja yang banyak. Satu yang aku tak gemar tentang drama Melayu ni ialah, semuanya nak nampak kaya. Kereta besar, rumah besar dan masing-masing muka tak ada jerawat. Cubalah buat cerita dengan latar belakang kehidupan orang kelas pertengahan atau paling bawah. Nampak la realistik sikit suasana kat Malaysia ni. Bosan la kalau dalam tivi asek kereta BMW dan Mercedes saja yang muncul. Apa salahnya pakai kereta Wira ke, Tiara ke, Kancil ke. Apa dia orang ingat golongan sederhana yang hari-hari pergi kerja bawak Proton Wira konvert Evo Tiga tak ada masalah kena kahwin dengan pilihan ibu bapa ke?

Okey, aku tak nak review cerita ni pajang-panjang. Kalau nak tahu kena la tengok sendiri. Rasanya cerita ni tak tak keluar kat wayang lagi. Memang kena beli dvd atau download kalau nak tengok.Lagi pun ape lah sangat korang buang mase sikit download.Tak luak pun.Dari korang download bende yang bukan-bukan.Haa gitu. Setelah habis tengok cerita Untuk Tiga Hari, ada beberapa benda dan kesimpulan yang dapat aku fikir.

1. Kalau kena kawen dengan pilihan mak bapak dan dalam masa yang sama kita dah ada pilihan sendiri, seelok-eloknya bincang la dengan mak bapak dulu. Terus terang dengan mereka yang kita dah ada pilihan sendiri yang kita dah kenal dan konsisten bercinta dari zaman belajar lagi. Bawak jumpa mak bapak pilihan kita tadi. Tunjukkan pada mereka yang pilihan kita pun power juga untuk dibuat teman hidup. Suruh pasangan kita tadi masak sedap-sedap, kemudian kasi mak bapak kita rasa. Orang tua-tua kata kalau perut mak bapak selesa Insyallah hati pun jadi lembut. Kalau tak jalan dengan masakan, buktikan pada mereka pula yang kita boleh obehol enjen kereta. Buat depan dia step by step proses obehol enjen. Pak mentua biasanya cepat suka pada menantu yang pandai obehol enjen kereta dan boleh setting twin kaberater.Aceceh tetiba mengarut sampai abehol enjin kereta.Tapi aku rasa ejaan abehol aku salah kot.Entah lah, aku ni bukan pakar sangat dalam automotif.Okay ,aku sambung yang tadi punya. Kalau semua pun tak jalan juga, kau tawakal la. Jangan buat kerja bodoh pergi jumpa bomoh. Dari kau duduk diam je, memang sampai kesudah memang makan hati la. Walaupun berkahwin atas kehendak dan pilihan ibu bapa. Tapi orang kata cinta itu boleh dipupuk. Mungkin la. Tapi sebelum tu memang makan hati dulu. Mungkin sepuluh atau dua puluh tahun. Mungkin la.

2. Jangan mandai-mandai nak buat kerja bodoh yang mana risiko dan padahnya bukan kita seorang je yang tanggung. Kalau kita buat pilihan untuk berpisah selepas tiga hari kita berumahtangga, bukan pasangan kita sahaja yang merana dan berendam air mata, malahan kedua ibu bapa kita dan saudara mara kita juga akan terasa tempiasnya. Banyak hati yang akan terluka. Jagan main-main dengan hati dan perasaan orang. Nanti buruk padahnya. Mungkin akan ada lebih banyak pintu yang terkopak. Ini untuk lelaki la. Kalau perempuan mana ada kuasa nak jatuhkan talak pada lelaki. Nak tak nak kena tunggu la suami ceraikan. Kalau lapan tahun, lapan tahun la kau tunggu. Kau ingat senang ke lelaki yang muka pesen pecah rumah sekali dapat kahwin dengan perempuan muka dan badan sedap macam Ayu Raudah senang-senang tak memasal nak ceraikan isteri dia? Melainkan kalau suami kau ada problem sampai kau boleh mintak fasakah. Mati pucuk atau mandul misalnya. Tapi kebarangkalian mak bapak kita nak kahwinkan kita dengan lelaki yang mati pucuk atau mandul memang jarang berlaku.

3. Kalau dapat pilihan mak bapak yang sedap, berdenyut dan mantap macam Ayu Raudah tu, mustahil la kau dapat menahan nafsu selama lima jam. Eh, lima minit pun kau dah resah la, dahi pun dah berpeluh-peluh menahan nafsu. Apatah lagi tiga hari. Benda dah halal ada depan mata. Manja, seksi dan lemah lembut takkan kau nak biarkan dia duduk diam? hari-hari pakai gaun seksi kain satin. Takkan kau nak tengok sambil makan nasik? paling tidak pun perasaan nak cuit sikit-sikit mesti ada. Ini dalam cerita memanglah kau boleh tahan nafsu. Itu pun atas arahan pengarah. Hakikatnya kalau mat salleh yang buat cerita ni dan tak ada kisah halal haram ( walaupun hakikatnya dalam cerita ni banyak juga yang tidak peduli dan peka tentang halal dan haram ), aku fikir dah lama juga adegan bersetubuh dengan Ayu Raudah terjadi. Silap-silap sehari lapan kali kau bedal. Makwe yang kau dah kenal selama bertahun-tahun dan plan nak kawen lepas tiga hari kau nikah tadi? pergi jahanam la. Ini lelaki walaupun ada plan nak cerai, tanggungjawab batin tetap perlu dipenuhi.

4. Kalau yang perempuan pulak, mungkin boleh menolak permintaan suami pilihan mak bapak kau tadi dengan banyak alasan. Paling kukuh cakap je datang bulan. Tapi takkan datang bulan sampai lima tahun? takkan selama tu suami kau nak percaya? kau kena ingat, suami ada hak untuk tengok alat sulit kau samada betul berdarah atau kau menipu. Sebagai orang islam, kau tentu tahu apa hukumnya menipu suami dan menolak permintaanya untuk bersetubuh. Dan sebagai seorang islam kau kena ingat yang bersetubuh dengan suami itu juga satu ibadah. Kau setuju atau tidak dengan pilihan ibu bapa, sebaik saja kau sah menjadi isteri memang susah kau nak menolak untuk tidak disetubuhi. Melainkan kau dah welding kasi tutup alat sulit kau. Itu kes berat sikitlah. Kalau terpaksa Kasi ubat tido pun kasilah. Janji dapat bersetubuh dan dara kau hilang dengan suami kau yang sah. Bukan dengan pakwe yang kau dah rancang untuk kahwin tiga hari je tadi. Padan muka.

5. Ada beberapa orang makwe yang mana kalau mak bapak aku paksa aku kahwin dengan dia aku berat nak menolak.(Ini adalah fantasi)

1. Vanidah Imran.
2. Ayu Raudah.
3. Intan Azura.
4. Rozita Che Wan.
5. Shafarina Ramli.
6. Emma Maembong.
7. Syalala Syahiza.
8. Makwe lame

Siapa gelak aku lempang dengan penanda buku!
Nak taknak korang kena terima hakikat yang aku ni banyak makwe fantasi.

Sunday 18 November 2012

CANTIK

Kenapa aku suka pada kau. Entah, sampai sekarang pun aku masih tidak jumpa jawapan yang betul-betul boleh memuaskan hati aku sendiri. Puas aku mencari, tetapi tidak juga aku temui. Jiwa aku betul-betul memberontak. Setiap hari pasti aku asyik teringat pada kau yang jauh berbatu-batu. Sehingga kadang-kadang kepala aku jadi senak kerana asyik terlalu memikirkan masalah ini dan memendam rasa pada kau yang tidak pernah mengerti. Aku tidak tahu sama ada perasaan ini ada juga pada kau atau tidak. Satu yang pasti tentang kau adalah kerana kecantikkan yang kau miliki. Sekurang-kurangnya cukup bermakna bagi mata aku yang berwarna hazel ini. Aku yakin, tidak semua manusia dimuka bumi ini berjaya memiliki warna mata seperti aku.

Dan aku sedar, kecantikkan bukanlah segalanya bagi sebuah kadamaian di hati. Kecantikkan juga tidak pernah menjamin untuk kita sampai ke syurga. Kecantikkan paras rupa juga tidak pernah mengajar kita tentang bagaimana sukarnya untuk menghargai perasaan. Tetapi sebagai manusia yang sangat lemah seperti aku, pandangan pertama itu telah memberi banyak makna, impak dan sekaligus masalah sehingga hidup aku menjadi tidak keruan. Aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara hati ini. Jadi aku cuba luahkan apa yang terpendam diatas skrin berwarna biru laut ini.

Ahh, yang sebanrnya aku tidak tahu bagaimana hendak aku luahkan masalah aku didalam skrin berwarna biru laut ini. Kemampuan aku untuk berfikir ketika ini pun tidak selancar sebelum aku mengenali diri kau. Walaupun hakikatnya aku masih tidak mengenali diri kau yang sebenarnya. Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan ketika ini. Dan yang sangat pasti, salah satu dari masalah aku itu ialah berkenaan dengan diri kau yang jauh berbatu-batu itu. Kadang kala aku dapat rasakan, yang kehadiran kau didalam hidup aku ini penuh dengan misteri dan persoalan. Kau akan hadir bila kau rasa perlu, kemudian kau akan menghilangkan diri ketika aku pula perlukan teman untuk bercerita. Aku tidak pasti yang kau ini jenis cantik yang bagaimana.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk tidak lagi memikirkan masalah tentang kecantikkan yang kau miliki. Aku mengalah dan terpaksa membuat keputusan ini. Aku rasa segala usaha aku cukup sampai disini sahaja. Mengalah bukan bererti kalah. Tetapi cukup buat aku sedar dimana letaknya kemampuan aku. Akhirnya aku padamkan lampu, pasang kipas seningga ke angka tiga dan aku masuk tidur. 




Selamat malam kecantikkan...

Friday 16 November 2012

PERAHU


Hah, orang kata kalau terlajak perahu, macam mana bersusah payah, separuh mati sekali pun masih boleh ejas lagi kasi undur sikit-sikit pun dah kira ok. Tapi kalau dah terlajak kata, terlajak cerita haram sesen pun kalau diejas separuh mati pun tak guna juga. Pendek kata buruk padahnya. Memang macam celaka la jadinya.

Ahh, kalau tak diluah salah, bila diluah pun salah juga jadinya. Berterus terang salah, bila dah berterus terang sendiri juga yang susah. Hidup ni memang susah. Kadang-kadang memang palat. Kalau dipendam lama-lama, malapetaka pula jadinya. Kalau arak diperam lama-lama mahal juga harganya. Ini , sesen pun tak mendatangkan apa-apa.

Ni semua pagi tadi punya kes la ni. Gua ni memang jenis yang tak reti sangat nak berterus terang bila bicara bab hati dan perasaan. Tak. Bukan tak reti, tapi sebenarnya malu. Bunyi ayat ni memang macam celaka sikit la. Tapi gua kena cerita juga sebab nak kasi lega sikit benda yang ada kat dalam tempurung kepala gua ni. Dah lama sangat bersarang. Silap tune boleh jadi busut jantan. Bahaya, sebab berpenunggu. Gua ingat bila gua berterus terang keadaan akan jadi lebih tenang, tapi sebaliknya pula. Tapi tak ada la sampai gua jadi gila macam dulu kala. Nasip baik antibodi gua sekarang ni dah kuat. Lebih kuat sedikit dari Pipi. Kalau tak keparit lagi la jawabnya. Gua memang dah malas nak selalu lari tune. Bila gua fikir balik lepas gua dengar lagu got to go,lagu ala-ala kegemaran gua ada lah reda sikit.Nasib baik lu pulak jenis yang berfikiran terbuka. Ahhh, tapi dalam hati siapa nampak. Kui kui kui.

Demi menjaga sebuah persahabatan yang gua rasa sagat berharga dan rare, kadang-kadang kita memang kena berkorban. Korbankan perasaan sendiri la. Perasaan cinta tu buang jauh-jauh la kalau nak menten kawan lama-lama. Suka, tapi terpaksa kata tak suka dan kadang-kadang tak suka, tapi terpaksa kata suka juga. Memang macam gampang. Kalau diteruskan suka tu, maknanya gua akan diberi dua pilihan. Teruskan atau lupakan buat selama lamanya. Mana satu lu nak? nampak macam kejam jer bunyinya. Kenal dah lama, tak kan semata benda kecik macam ni semua nak kena padam. Tak ker rasa rugi? Maka terpaksalah berfikir dengan bijak. Terpaksa amik masa juga. Lepas sariap 20 biji durian baru dapat jawapan agaknye.
Gua pun malas dah nak pening kepala dengan benda-benda gampang macam ni.Nak tulis bebanyak pon apa pulak lu kata nanti.Eh pedulia apa gua,lu yang datang baca nak moncong-moncong muka.

HITAM PUTIH


Lu jangan nak bangga sangat la dengan baju lu yang konon cantik dan mahal tu, gua sikit pun tak heran kerana lu kena ingat, baju terakhir lu nanti adalah kain kapan saja.

Lu jangan nak kerek sangat dengan kereta mewah lu tu, sebab nanti kereta terakhir yang lu naik adalah van jenazah dan papan keranda saja.

Lu kena ingat, lu jangan terlalu seronok sangat dengan tempat tido lu yang konon empuk dan nyaman dengan sistem penghawa dingin tu, sebab tempat tido terakhir lu nanti adalah diliang lahad. Tak ada alat penghawa dingin pun.

Lu jangan pula nak ego dan bongkak sangat dengan gua sebab lu mampu beli rumah mewah dan besar macam istana, lu kena ingat yang rumah terakhir lu nanti hanyalah kubur yang cuma ada dua tiang saja.

Lu jangan terlalu megah sangat la dengan pangkat dan darjat yang lu miliki sekarang ni, sebab bila lu dah mati nanti, lu cuma dapat gelaran al-marhum saja. Dato-dato, datin-datin, menteri-menteri apa semua tu dah tak pakai dah.

Last sekali gua nak pesan, lu jangan terlalu bangga dan berlagak pula dengan muka lu yang hensem atau jelita tu, sebab bila lu mati nanti muka lu yang hensem dan cantik nanti akan berubah menjadi tengkorak sama macam gua juga! Kah kah kah!




Sebenarnya gua cuma nak ingatkan untuk diri gua saja, supaya jangan berlagak dan sombong dengan apa pun yang gua buat dan miliki. Sekian terima kasih.

Saturday 10 November 2012

HADIAH YANG TIDAK DISAMPAIKAN


Masa tarikh tersebut.7 november gua ada beli hadiah.
Hadiah hari jadi.
Tapi sampai sekarang gua tak tahu nak beri pada dia ke tak.
Gua simpan.
Mungkin boleh diguna pakai pada masa akan datang.
Mungkin bakal pengganti.
Mungkin Si dia datang kembali.
Kadang-kadang hadiah tidaklah penting berbanding ingatan.
Itu selalu yang orang kata.
Tapi hadiah dapat melahirkan perasaan.
Itu tak banyak orang tahu.
Memang gua ingat.
Sebab gua tak pernah lupa.
Malahan dari awal gua tunggu tarikh itu.
Menunggu pulang dari menyambut.
Walau tidak dapat bersama-sama.
Meraikannya.
Untuk hadiah ini.


Ahhhhh simpan jer la hadiah ini dibawah katil!
Oh ya, terima kasih untuk balasannya.
Tapi maaf kerana gua tidak mampu untuk membalasnya lagi

Thursday 8 November 2012

MACAMANA SERIUS PUN KITA BERDIET,INGATLAH JODOH TETAP DITANGAN TUHAN


Alangkah seronoknya kalau dapat makwe yang pesen kuat makan. Kuat makan tak semestinya merujuk pada tubuh badan yang gemuk, besar, bulat atau gedempol. Ada makwe yag berat tak sampai 60 kilogram, tapi minat pada makanan, Masyallah. Ada pulak makwe yang berat badan lebih 60 kilogram, tapi bila diajak makan, Masyallah takut bukan main. Siang malam berdiet katanya. Aku ni pulak memang jenis manusia yang dilahirkan dengan sifat kuat makan dan suka pada makanan. Tapi yang powernya badan aku, peha aku, tumit aku, perot aku tetap menten 55 kilogram. Makan la banyak mana pun, Insyallah badan aku tetap menten macam tu juga. Sebab tu soal makan ni aku tak risau sangat dan tak pernah menolak jika dipelawa. Lebih-lebih lagi kalau makanan tu free. Sedap atau tidak itu nombol dua.

Sebenarnya aku teringin juga nak dapat makwe yang kuat makan dan suka pada makanan seperti mana mereka suka pada alat-alat solek dan juga kasut serta bag tangan. Kalau tidak pun sekurang-kurangnya dia boleh jadi regu kita sewaktu makan. Bukankah makan dengan berteman itu lebih seronok dari makan sorang-sorang? Bila kita sebut je nak pergi makan dia tak pernah menolak. Malahan melonjak gembira sambil buat aksi lompat bintang. Apa kita makan, dia pun turut makan. Biarpun satu hari sampai lima, enam kali kita makan. Kita makan nasik dia pun makan nasik, kita makan rojak dia pun tak tolak, kita ajak makan bege pun dia masih berselera. Makwe pesen macam ni sebenarnya yang aku idamkan.

Bukan apa, kadang-kadang tak sedap juga kalau kita pergi dating, pergi jalan-jalan bila tiba bab nak makan asik kita sorang je yang bernafsu nak makan. Kadang-kadang kita makan bukan kerana lapar, tetapi kita makan kerana nak makan dan minat pada makanan. Pasangan kita pulak jenis yang tak kuat makan atau lagi selebet jenis yang diet tak kena tempat. Jenis berat tak sampai 60 kilogram pun dah pening kepala fikir soal diet. Kita makan, tapi dia lebh kepada sekadar oder air dan selebihnya jadi pemerhati kita makan. Kan tak sedap bila kita berselera makan, tapi pasangan kita sibuk jadi pemerhati sambil jari jemari lincah update status kat Facebook atau Twitter. Otomatik kadang-kadang selera aku nak makan jadi terbantut. Rasa nak terbalikkan meja pun ada.

Bila kita dapat pasangan yang sama suka pada makanan, otomatik semangat kita nak makan tu rasa macam membuak-buak. Barulah datang perasaan nak lumba siapa makan paling banyak. Yerlah, walaupun benda ni nampak macam tak bagus, tapi sekurang-kurangnya tak adalah kita buat maksiat dengan pasangan. Pada aku, lagi elok pergi makan-makan dari tengok wayang berdua dalam keadaan bergelap. Ramai orang tak tahu yang sebenarnya makan ni dapat mengeratkan silatulrahim. Bila kita makan bersama pasangan yang kita sayang, otomatik perasaan sayang tu semakin menebal. Kita dapat tahu apa jenis lauk dan makanan kegemaran pasangan kita. Kita dapat tengok dan perhatikan gaya dia mengunyah dan menyuap makanan. Tak kuat makan tak apa, tapi sekurang-kurangnya perasaan nak makan tu sentiasa ada bila diajak. Tidak menolak la maksud aku. Yelah, kalau dah aku yang ajak makan tu maknanya akulah yang bayar. Benda hal bayaran ni jangan nak peningkan kepala sangat. Kalau makan tak habis pun aku tak kisah, janji perasaan nak makan tu ada. Bila makan tak habis, jangan risau aku boleh kasi habis. Nak cari makwe yang boleh makan kasi habis satu-satu hidangan tu memang aku tau payah. Tapi itu cerita lain.

Dulu masa aku konsisten ada makwe, selalu juga aku tolong habiskan makanan dia. Bukankan membazir itu amalan syaitan? Kadang-kadang dia belum jamah pun aku dah kasi habis. Dia tak kisah dan dia tahu aku memang manusia jenis kuat makan. Sebenarnya kita kena bersyukur juga kalau makwe kita makan tak habis, ini kerana kita akan take over semua makanan dia. Secara tak langsung kita berasa puas bila dapat makan banyak-banyak. Apa lagi kita nak buat selain dari makan bila keluar berdating? tak kan nak ajak lepak bengkel dan buat kerja-kerja mengimpal untuk mengeratkan silatulrahim? kang kalau ajak pergi tengok wayang nanti lain pulak jadinya walaupun kita disediakan dengan pop corn dan air berkarbonat. Jadi aku rasa makan adalah basic untuk mereka yang sedang bercinta. Dia tengok kita makan, dan kita tengok dia makan. Mata bertentang mata tapi mulut sibuk mengunyah makanan. Bukankah itu romantik namanya.

Tapi itulah, kadang-kadang tuhan kurniakan kita makwe yang tak kuat makan pun bukan suka-suka, tapi penuh dengan hikmat. Bila kita dapat makwe yang tak kuat makan, otomatik kita akan makan sorang-sorang. Bila kita makan sorang-sorang, secara tak langsung kita tak perlu membayar kos makan untuk dua orang. Ini sudah jimat. Sangat jimat. Jika dibawa ke alam rumahtangga pun, aku fikir kalau beli beras yang lima kilogram pun Insyallah boleh bertahan sampai sebulan, pasal bini kita atau pasangan kita memang jenis tak kuat makan. Jimat kan? Apahal pun ingatlah macam mana serius pun kita berdiet, jodoh tetap ditangan tuhan.

Monday 5 November 2012

NASIHAT MAKAN TUAN


Biasanya bila kita kehilangan makwe atau pakwe, orang akan kasi kita nasihat paling klise dan popular. “Barang yang lepas usah dikenang” atau “yang patah akan tumbuh semula” atau “carilah yang lain” atau “dah bukan rezeki, nak buat macam mana. redha jelah”. Tak kisahlah kita luahkan rasa kecewa kita tadi pada sesiapa pun. Kawan rapat, kawan tak rapat, rakan sekerja atau pada Cleverbot sekalipun. 90% jawapan yang akan kita terima adalah seperti yang aku sebutkan tadi. Rasa nak terajang pintu pun ada kadang-kadang. Cubalah kasi jawapan yang power dan membina sikit.

Bila kita kehilangan benda atau sesuatu yang kita sayang, dia punya perasaan geram tu memang celaka. Sangat celaka. Tak kiralah apa barang pun yang kita hilang. Dari makwe / pakwe atau sekadar pensil picit. Rasa geram dan kecewa tetap ada. Lebih-lebih lagi kalau benda tu dah lama bersama kita. Rasanya tetap sama. Kalau jiwa tak power air mata tetap akan berlinang jua. Aku penah tengok kawan aku hilang dara, lalu menangis tersedu sedan.

Takpe, sebagai balasan aku simpan dan ingat balik nasihat-nasihat dari kawan-kawan aku tu tadi. Mungkin berguna untuk aku satu hari nanti atau mungkin juga boleh kasi orang yang sedang kecewa dan geram bersemangat semula untuk teruskan hidup. Satu hari nanti kalau ada kawan-kawan atau siapa pun yang kehilangan kereta, duit, motosikal, hilang kepercayaan dari kawan-kawan, hilang cermin mata, hilang telefon bimbit, putus tunang, hilang kasut bola, atau hilang dara dan teruna, dengan nada penuh konfiden tetapi tegas aku akan jawab “Barang yang lepas usah lagi dikenang, carilah yang baru. Yang patah pasti akan tumbuh semula. Bukan rezeki kau, redha jerlah.

JODOH DAN KEBODOHAN MASYARAKAT YANG TIDAK MEMAHAMI


Bila kita dengar tentang masalah penceraian, putus tunang, makwe kena rampas orang, kena tinggal dengan pakwe atau makwe selalunya otomatik dengan penuh konfidennya kita akan kata sekaligus menjatuhi hukuman “dah tak ada jodoh, nak buat macam mana”. Semua jawapan dan nasihat pastinya berkenaan dengan tak ada jodoh. Bagilah alasan macam mana power dan pintar, pasti mudah dipotong dengan jawapan “tak ada jodoh”. Tak ada jodoh kepala bana awak! Walhal kita tak pernah tahu apa masalah atau situasi yang dihadapi dan sedang dipertaruhkan oleh mereka yang terlibat. Bercakap dan menjatuhi serta membuat keputusan untuk orang lain memang mudah. Bercakap mengenai jodoh memang mudah. Untuk melaluinya kadang-kadang kita menjadi gugup. Tapi ramai sebenarnya yang tak faham apa yang dimaksudkan dengan jodoh dan tiada jodoh. Bercakap mengenai jodoh sebenarnya tidak semudah menerajang pintu.

Sebagai manusia sebenarnya kita tak power dan tak punya power untuk bercerita apatah lagi menjatuh hukum perihal jodoh. Maksud aku memandai-mandai menjatuhi hukuman pada orang lain tentang sistem penjodohan yang penuh misteri dan takdir yang tidak boleh diramal. Apa dia orang ni tak tahu ke yang jodoh itu adalah rahsia tuhan yang paling rahsia sekali. Begitu juga dengan mati. Ramal la macam mana power sekali pun, istikharah la macam mana serius pun, kita tak akan diberitahu keputusan dan jawapannya dengan tepat. Yang ada cuma petunjuk. Itu pun kadang-kadang kita sering salah menafsir dan tersasar jauh. Lagi pula hidup ini terlalu banyak dengan kemungkinan. Satu hal yang perlu kita terima, hakikatnya didalam dunia ini tidak ada satu keputusan manusia yang begitu pasti sehingga kita mempercayainya bulat-bulat hingga ke syurga atau neraka.

Bagi aku, sebenarnya tidak ada istilah “tak ada jodoh” jika kita masih lagi bernafas dan mampu melihat pertukaran siang dan malam. Segala-galanya boleh berubah dalam sekeip mata. Rumahtangga yang kita bina selama berbelas tahun yang disulami dengan kereta dan banglo mewah tidak mustahil boleh berakhir dengan masalah yang remeh temeh. Percintaan yang terputus selama berbelas tahun tidak mustahil boleh bersatu kembali jika kita percaya bahawa itu adalah jodoh dan memang begitulah jalan dan likunya. Selagi kita masih hidup, insyallah kita masih diberikan jodoh biarpun kita telah kehilangan segala-galanya. Dengan siapa, bila itu bukan urusan kita atau kawan-kawan kita.

Ironinya bila kita berpisah, orang akan menghakimi kita dengan “tak ada jodoh” dan ayat-ayat pundek yang lainnya. Akan tetapi bila kita bersatu semula setelah melalui pelbagai tohmahan dan jalan yang paling sukar serta mencabar, masyarakat atau teman-teman sukar pula untuk melafaskan, mempercayai dan menerima hakikat bahawa itu adalah jodoh! Malahan mulalah mandai-mandai memberi tafsiran negatif seperti gua khidmat bomoh, sihir dan sebagainya. Memang celaka.

Dan sebenarnya yang dikatakan tiada jodoh dalam segala tiada jodoh adalah kematian. Tidak mungkin manusia yang sudah tidak bernyawa akan ditemukan jodoh dengan manusia yang masih bernafas dan mampu melihat peredaran siang dan malam. Tidak mungkin seseorang itu bangkit semula dari kubur atas nama jodoh. Dan begitulah sebaliknya. Jadi jangan mandai-mandai nak menghakimi orang dengan tak ada jodoh bila ada perpisahan berlaku. Selagi kita masih bernafas dan mampu melihat siang dan malam pasti ada jodoh terbaik untuk kita biarpun jalanya terlalu sukar untuk kita terima. Nasihat yang paling power untuk mereka yang baru berpisah sebenarnya adalah “bersabarlah”.

KAWAN AKU PERNAH KATA YANG CINTA ITU DARI ANJING NERAKA .TAPI SEKARANG DIA DAH ADA ANAK DUA.


Seronok betul tengok gelagat orang yang baru kenal dengan cinta dan anatomi badan perempuan ni. Bukan setakat seronok, sebenarnya kelakar pun ada, gembira pun ada. Andai dapat undur masa, teringin juga nak ejas kesilapan masa silam. Tapi aku tahu itu semua tidak mungkin berlaku. Teringat masa zaman aku kemaruk bercinta dulu. Terasa dunia ni macam aku yang punya. Datanglah masalah sebesar mana pun kita masih mampu tersengih dan gelak. Tak ada masalah yang paling berat selain dari masalah makwe atau pakwe tak reply sms atau menjawab talifon. Masakan tidak, bila pasangan kita lambat membalas sms atau tidak menjawab panggilan kita, otomatik dahi kita jadi berpeluh-peluh dan perasaan nak terajang tong sampah tu datang membuak-buak. Kalau kredit habis, mengeletat cari kedai tengah-tengah malam nak beli topap. Kalau kedai berdekatan tutup, sanggup pulak jalan sampai berkilo-kilometer mencari topap. Yang penting sms perlu dibalas. Kalau kawan-kawan yang sms, esok lusa balas pun tak apa. Lagi celaka kalau terus tak balas.

Begitulah powernya bila kita ada cinta. Ada makwe. Ada pakwe. Kalau sebelum ni hidup kita penuh dengan keluh kesah, sekarang hidup kita penuh dengan madah dan pujangga. Masalah sekeliling bukan lagi suatu yang membebankan kepala otak. Kena maki dengan bos pun kita masih mampu melakukan aksi lompat bintang. Kereta tak laju, tak ada power stereng,  tak ada power window, absober keras macam kayu, tak ada radio, penghawa dingin tidak berfungsi siapa peduli. Janji aku ada makwe atau pakwe. Kalah berlumba kereta tak apa, janji jangan kalah dengan permintaan makwe atau pakwe. Kekasih is nombol satu! kalau kena jalan kaki pun kalau makwe ada kat sebelah, dari Pejabat Pos besar sampai Komtar pun aku selalu buat dulu.

Sedikit demi sedikit kita mula belajar sesuatu yang baru. Sesuatu yang tidak pernah kita terfikir dan buat sebelum ini. Kita mula belajar macam mana nak pos teddy bear sebesar pintu dewan raya, macam mana nak tebalkan muka beli segerombolan bunga mawar siap dengan cokelat mahal. Kita belajar macam mana nak mengawal nada marah kita ditalifon agar makwe atau pakwe kita tidak perasan yang kita sedang marah. Kita belajar teknik menipu yang paling power agar tidak ada hati yang terluka. Kita mula menabung sebanyak yang mungkin duit untuk masa depan yang lebih cerah sampai kawan-kawan ajak pekena teh pun kita bagi alasan bajet tak ada. Kita mula belajar sikat rambut mengikut pekembangan majalah dan dunia fesyen. Kita mula belajar pakai minyak wangi dan deodorant walaupun sekadar nak lepak kat bengkel temankan kawan-kawan buat kerja mengimpal. Kita belajar macam-macam perkara agar kita dapat berkongsi cerita dengan makwe kita. Bercakap ditalifon berjam-jam sampai kredit habis dan bil mula melambung. Kita belajar teknik memujuk makwe yang paling efisyen sekali tanpa mengeluarkan  jumlah wang yang terlalu banyak. Kita belajar itu dan ini. Kalau boleh kita nak semua orang tahu yang kita ada pasangan yang power, romantik, hubungan percintaan yang konsisten dan kita tidak lagi keseorangan.

Internet, komputer dan talifon pintar menjadi medium paling penting untuk kita berkomunikasi sehingga kita terlupa berapa harga setem untuk pos kad raya pada kawan-kawan. Kita terlupa tentang banyak perkara yang pernah kita buat masa kita hidup penuh berdikari tanpa makwe atau pakwe suatu waktu dahulu. Cinta itu memang power sampaikan kawan aku kata “cinta itu anjing dari neraka” walaupun hakikatnya entri ini tak ada kena mengena langsung dengan kawan aku tu. Kita tak kisah sangat kalau kawan-kawan sebulan atau berbulan-bulan tidak menghubungi kita. Kita akan jadi sawan kalau makwe atau pakwe tidak menghubungi kita lebih dari lima jam. Kita jadi gila dan dah mula rasa macam nak minum Dettol atau paint remover.

Bercinta dan belajarlah macam mana sekalipun tentang cinta, kalau setakat baru kenal cinta tak sampai dua tahun, janganlah mandai-mandai nak beri nasihat pada orang yang baru lepas berpisah dengan pasangan dengan ayat-ayat celaka seperti “move on la Joe”, atau “dah lah jangan nak KLMJ sangat. Makwe kau pun dah ada pakwe baru”. Sumpah. Aku kadang-kadang rasa macam nak terajang pintu peti sejuk bila nampak kawan-kawan yang bagi nasihat macam ni pada kawan-kawan yang tengah berjuang melawan emosi. Kita baru nak kenal cinta, sedangkan kawan kita yang baru berpisah tu dah bertahun-tahun menempuh pahit manis bercinta. Dah rasa macam mana seksa dan pitamnya menunggu makwe atau pakwe diperhentian bas dari terbitnya matahari sehingga terbenamnya matahari dan timbul pula bulan dan bintang. Tapi masih juga tak kunjung tiba.

Sepatutnya bila kita sedang merasa manisnya saat bercinta, kita kena ingat dan bersedia juga untuk berhadapan dengan pahit dan celakanya ketika bercinta. Jadikan pengalaman dan cerita kawan-kawan sebagai teladan. Malang tidak berbau dan palat boleh datang pada bila-bila masa. Memang, aku pun percaya kadang-kadang cinta yang singkat juga boleh membawa ke jinjang pelamin berbanding cinta yang memakan masa berkurun-kurun. Tapi bila kita sudah mampu mengenggam cinta, kita juga perlu belajar untuk bertimbang rasa pada mereka-mereka yang terlepas cintanya dari genggaman. Atau dengan bahasa yang lebih sopan, janganlah kita nak berlagak tak tentu hala. Bila dah tersadung batu, dah jatuh terjelepuk ke tanah baru terkeseng-keseng nak cari kawan. Baru sibuk nak talifon dan tanya khabar kawan-kawan. Kita kena ingat, macam mana power dan seriusnya kita merancang masa depan, esok tetap ditangan tuhan.

Entri yang tak masuk akal

Ni blog kedua gua lepas blog pertama yang gua buat.Blog pertama gua act dah ramai sangat dah yang tahu,termasuk lesturer gua yang dah beranak 3 sampai yang dah ada cucu.Gua agak diorang ni jenis yang suka tahu kisah hidup anak muda zaman sekarang.Maklumlah gua ni best student.gua rasa tak banyak benda yang gua nak tulis lagi.Gua nak post entri netri gua dari tumblr gua.