Friday 25 January 2013

KAU RASA HIDUP INI SUSAH? KAU FIKIR SEMULA.



Kehidupan berputar seperti roda. Kadang diatas, kadang di bawah dan ada kala ia berhenti dari berpusing, membayangkan sesuatu kewujudan yang stasis. Tidak ke kiri, tidak ke kanan. Bukan disini mahupun disana. Aku setuju dengan perumpamaan ini memang ada kebenaran pada potongan ayat yang mudah ini. Ada masa untuk kejayaan , ada masa pula untuk kegagalan dan  ada masa juga kita jadi tepu, tidak bergerak kemana mana. Semua manusia berbeza beza menurut kemampuan bahu memasing.
Mintak maaf Encik Gump. Aku lansung tidak bersetuju dengan falsafah kamu, "life is like a box of chocolates, you never know what youre going to get". Hidup memang BUKAN seperti sekotak cokelat dan sesiapa yang membeli atau mendapat sekotak buatnya akan pasti tahu apa isinya. Mungkin kecuali bagi seseorang yang dungu dan buta huruf. Dah lama aku nak menzahirkan pendapat itu. Bagi yang telah mengambil kata kata forrest gump itu sebagai mantera tunjang kehidupannya , aku boleh nsaihatkan untuk lebih membaca dan muhasabah diri. Carilah guru yang boleh menunjukkan jalan yang lebih terang.
Hidup adalah luas, ruang yang tak terangkum dalam sepotong ayat yang tersusun cantik. Ia adalah juga kedua kedua panjang dan pendek. Sepanjang waktu diantara nafas pertama dan hembusan terakhir, sependek detik di antara dua denyutan nadi dann diantara dua titik tu lah letakknya kemanusiaan kita. Lebih lebih lagi pada detik terakhir sebelum titik penamat. Nilai kemanusiaan bukan terletak pada jumlah simpanan didalam bank, tidak pada ijazah yang bergulung gulung dan pasti juga bukan pada harta kekayaan, kereta besar , emas dan perak yang menggunung tinggi. Pada aku nilai kemanusiaan yang sebenarnya terletak pada niat dan kelakuan yang selari dalam perlakuan seolah olah setiap detik ituadalah yang terakhir, dalam kesedaran yang 'hidup' itu sendiri adalah bersifat sementara. Ada kala aku berjaya, tapi selalunya aku gagal. Tapi Itu bukan alasan untuk aku terus berhenti dan brusaha.
Setiap kegagalan yanng aku lalui adalah seperti guru yang menunjukkan aku dimana letakknya kelemahan aku dan apa apa kejayaan yang aku kecapi adalah peringatan yang perjuangan belum tamat. Masih ada yang perlu aku harungni sebelum tiba ke saat yang telah dijanjikan pasti. Apa pun sama ada kejayaan mahupun kegagalan semuanya bergantung pada hikmah buat mereka yang celik Segaanya datang dari tuhan bukan.
Ramai yang pernah berkata tentang kehidunpan yang penuh dengan pengajaran, pelajaran yang kadang kadang manis, kadang kadang pahit tapi selalunya mahal. Lebih lebih lagi pelajaran yang sangat mahal. Buat setiap barang yang diambilkembali, ada gantiannya yang selalunya berlipat lipat kalii ganda.
jadi , dimana ruang untuk aku mengeluh ?

Wednesday 9 January 2013

AKIBATNYA, NASIHAT MAKAN TUAN



Biasanya bila kita kehilangan makwe atau pakwe, orang akan kasi kita nasihat paling klise dan popular. "Barang yang lepas usah dikenang" atau "yang patah akan tumbuh semula" atau "carilah yang lain" atau "dah bukan rezeki, nak buat macam mana. redha jelah". Tak kisahlah kita luahkan rasa kecewa kita tadi pada sesiapa pun. Kawan rapat, kawan tak rapat, rakan sekerja atau pada Cleverbot sekalipun. 90% jawapan yang akan kita terima adalah seperti yang aku sebutkan tadi. Rasa nak terajang pintu pun ada kadang kadang. Cubalah kasi jawapan yang power dan membina sikit.

Bila kita kehilangan benda atau sesuatu yang kita sayang, dia punya perasaan geram tu memang celaka. Sangat celaka. Tak kiralah apa barang pun yang kita hilang. Dari makwe / pakwe atau sekadar pensil picit. Rasa geram dan kecewa tetap ada. Lebih lebih lagi kalau benda tu dah lama bersama kita. Rasanya tetap sama. Kalau jiwa tak power air mata tetap akan berlinang jua. Aku penah tengok kawan aku hilang dara, lalu menangis tersedu sedan.

Takpe, sebagai balasan aku simpan dan ingat balik nasihat nasihat dari kawan kawan aku tu tadi. Mungkin berguna untuk aku satu hari nanti atau mungkin juga boleh kasi orang yang sedang kecewa dan geram bersemangat semula untuk teruskan hidup. Satu hari nanti kalau ada kawankawan atau siapa pun yang kehilangan kereta, duit, motosikal, hilang kepercayaan dari kawan kawan, hilang cermin mata, hilang telefon bimbit, putus tunang, hilang kasut bola, atau hilang dara dan teruna, dengan nada penuh konfiden tetapi tegas aku akan jawab "Barang yang lepas usah lagi dikenang, carilah yang baru. Yang patah pasti akan tumbuh semula. Bukan rezeki kau, redha jerlah.

Monday 7 January 2013

ENGKO MARI SINI, ENGKO TAK FAHAM? PERGI JAHANAM.


Tak.
Kadang-kadang orang memang tak faham dengan stail aku punya melawak.
Aku buat lawak memang tak pernah fikir nak kasi orang lain faham.
Apa kejadah kita buat lawak sibuk-sibuk nak fikir pasal orang lain faham ke tidak?
Kalau engko tak faham pergi jahanam la.
Apa yang engko fikir tak akan pernah sama dengan apa yang aku fikir.
Aku buat lawak untuk aku sendiri faham.
Aku buat lawak bukan untuk orang lain.
Bukan untuk media.
Bukan untuk kapitalis.
Bukan untuk ditepuk sorak.
Aku buat lawak sebab spontan aku nak buat lawak.
Tak ada siapa paksa dan tidak sekali kerana terpaksa.

Aku bukan peserta Maharaja Lawak yang terpaksa perah otak siang dan malam untuk buat orang ketawa dan dapat markah tinggi dari juri.
Siap belajar lagi cara dan teknik untuk buat lawak.
Apa tips yang boleh dan tidak untuk melawak.
Ada garis panduan itu dan ini.
Itu lawak kepala butoh namanya.
Itu lawak jenis duit didepan yang lain-lain letak belakang.

Jadi kalau engko rasa tak faham dengan lawak aku, engko biarkan.
Abaikan. Jangan like, jangan komen.
Jangan cari gadoh.
Kerana ketidakfahaman engko itulah suasana jadi lagi celaka.
kalau dah tak faham jangan buat-buat faham.
Jangan komen.
Jangan buat apa-apa.
Nanti engko sendiri yang jadi bodoh.
Ada beribu yang melihat dan membaca.
Ada beribu yang akan membuat persepsi.
Ada beribu yang pandai-pandai menjatuh hukum.
Kau akan dicempak ke neraka ciptaan manusia.

Tapi kalau engko degil nak komen juga,
engko tanya la dulu.
Apa benda yang aku tulis.
Apa benda yang aku cerita.
Apa benda yang aku cuba sampaikan.
Nanti aku jelaskan kasi engko faham.

Aku?
Aku steady je.
Lawak tetap lawak.
Aku sendiri faham.
Aku sendiri seronok.
Itu sudah cukup bagus.
Engko tak faham.
Itu engko punya masalah.


P/s. Memang celaka juga kadang-kadang kalau kita sesekali update status kat Facebook atau twitter dengan gaya lawak kita sendiri faham, tapi orang lain tak faham. Dahlah tak faham kemudian pandai-pandai nak jatuh hukum pada aku. Engko kalau tak faham engko duduk diam sudahlah. Jangan nak mandai-mandai itu dan ini.

Kadang-kadang aku rimas dengan lawak jenis asik nak kena fikir moralistik kehidupan. Itu tak boleh, ini tak boleh. Macam ada garis panduan pulak nak buat lawak. Aku tahulah mana yang boleh, mana yang tidak. Itu tidak bermakna aku perlu ikut telunjuk engko untuk buat lawak semata-mata nak kasi engko dan semua orang faham. Itu bangsat namanya.